Sunday 26 February 2012

SECOND DAY KAT CAMP TASIK CHENDEROH ..!!!!!!!!

Selepas bgn tido seawal 5.30pagi kami solat subuh bersama dan kami  kene melakukan senaman pagi iaitu senaman MALAYSIA CERGAS.. senaman itu untuk mencergaskan kita dari terus memikirkan nak tido ..selepas melakukan senaman , kami terus makan pagi dan diberi sedikit penerangan untuk aktiviti megikut pulau masing2 .. pada hari ini adalah hari pertama untuk perserta melakukan aktiviti yang mencabar minda dan kekuatan masing2 .. haha ...

AKTIVITI2 PULAU SIBU PADA HARI PERTAMA :
SURVIVAL DI PULAU MAKCIK P .. HAHAHA ..

Pada pg2 hari lagi kami sudah diberi sedikit penerangan oleh fasi2 tentang survival .. pulau kami adalah pulau yang pertama pergi ke tapak survival .. haha .. takut ada gak pada masa tu .. tapi kami okay je ..selepas diberi sedikit penerangan oleh fasi2 kami terus menyiapkan diri dan sedikit peralatan untuk pg ke survival . peralatan yang boleh dibawa semasa survival adalah , sepasang telekung , 1sejadah ,1 yasin dan 1 kain pelekat sahaja yang dibenarkan bawa ,,selepas siap menyediakan semua peralatan untuk dibawa semasa aktiviti survival kami diminta untuk berkumpul . selepas berkumpul kami dihendaki memakai PFD(personal floating device)  menaiki bot . sebelum smpi di pulau makcik p kami disuruh berenag smpi ke jeti pulau makcik p  kami berenang sejauh 20meter je kot . selepas smpi di pulau makcik p kami berkumpul dan diberi sedikit penerang tentang aktiviti yang akan dijalankan disana ..

AKTIVITI ORITERING SEBELUM AKTIVITI SURVIVAL !!!
kami diberi sedikit penerangan tentang oritering oleh fasi2 kami . oritering adalah satu suakn .. setiap sukan menggunakan peralatan kan , bagi peralatan oritering , kompas , control maker dan banyak lagi peralatan yg digunakan ..selepas diberi sedikit penerangan kami dihendaki bermain satu game tentang oritering dan kami semua peserta pulau sibu dapat melakukan aktiviti oritering dengan berjaya nya .. haha ...ini adalah salah satu peralatan yang sgt penting untuk oritering game !!!!!

BERMULANYA AKTIVITI SURVIVAL !!!!!!!!
                                         salah satu shelter yang boleh digunakan semasa survival .

selepas siap melakukan aktiviti oritering kami semua peserta pulau sibu berkumpul megikut gunung masing2 untuk survival .kami diberi 4 pilihan peralatan untuk digunakan semasa didalam hutan naty .. ak sebagai ketua kumpulan gunung biuong membuat pilihan dan memilih 4 peralatan yang penting sahaja . ak memilih flyshit , mancis , mestin dan parang . kami di syko oleh fasi2 untuk megambil peralatan yang tidak penting .. dan selepas kami megambil peralatan tersebut kami dibawa oleh fasi kami iaitu en.fuad pergi ke kawasan perkhemahan kumpulan saya iaitu gunung biuong . selepas dihantar oleh en.fuad kami diberi password untuk keselamatan kami semua .. selepas diberi password kami diberi masa sejam sahaja untuk membuat tapak pekhemahan kami .. saya mencari kayu api yg sebanyak mungkin dan kwn2 saya yg lain menaikan khemah kami menggunakan flyshit .. selepas kami megumpul semua kayui api yang dicari kami menyalakan api untuk terangkan kawasan kami dan untuk keselamatan kumpulan kami juga .. dengan sekali menyalakan mancis kami dapat menyalakan unggun api di kawasan khemah kami . selepas kami nyalakan api kami ak megambil atap nipah yang kawan ak potong untuk dibuat alas dariipada tanah dan juga untuk membuat pagar kawasan kami .. selepas siap semua tempat untuk kami berkhemah , kawan ak 2org laki dan 2org perempuan berehat dibawah khemah yang kami buat . sambil2 itu kami berjaga2 untuk berjaga api , takut api kami tidak menyala atau terpadam .kami juga memasak mengunakan mestin . mestin banyak kegunaan nya , iaitu boleh masak air dan boleh masak makanan . kawan saya sal dari uitm jengka telah masak air kopi masin .. haha .. dye tidak perasan ad gula dan garam dalam mestin tersebut lalu salah masukkan garam dalam kopi kami .. tapi kami tetap okay sebab kopi itu adalah pegalaman yang tidak dapat kami lupakan smpi bila2 .. sambil2 itu juga kami bergilir2 pergi sembahyang dan kami bergilir berjaga malam .. ada yang tidur dan ada yang berjaga untuk menjaga keselamatan ..semasa kawan2 saya tidur ada fasi dtg dan tegur tentang salah yang dilakukan oleh kumpulan saya iaitu tidak memakai stokin dan kasut semasa tidur .selepas fasi datang tegur kami terus membaiki kesalahan kumpulan kami dan kami sentiasa berhati2 untuk menjaga keselamatan kawasan kami ..fasi akan datang untuk megambil laporan masa demi masa , pada tengah malam kumpulan biung kehabisan kayu api dan ahli kumpulan biung semua dikejut dan mencari bersama2 kayu api agar api tidak terpadam .selepas mencari kami dapat mencari dengan cukup kayu api .. semasa ak berjaga malam , ak terengar ad orang azan subuh dan itu adalah masa yang ditunggu oleh ak dan kumpulan untuk balik ke best camp ..dan fasi kami datng untuk mengambil kami pulang ke best camp ..sebelum kami meninggalkan kawasan khemah kami , kami hendaklah ,membersihkan kawasan khemah kami itu .. selepas siap kemas kawasan khemah kami , kami berkumpul di tempat mula2 kami smpi smbil menunggu bot dtg megambil kami untuk balik ke best camp ..ini sahaja untu aktiviti pertama saya .. hahaha ..

No comments: